SELAMAT DATANG KE AF HOMESTAY , PANGSAPURI PERINGGIT HOMESTAY & KRUBONG HOMESTAY

 
AF HOMESTAY                                         KRUBONG HOMESTAY 
PANGSAPURI PERINGGIT HOMESTAY




Kami menyediakan penginapan yang TERBAIK dan SELESA untuk anda. 

Lokasi AF Homestay kami berada di kawasan paling strategik, iaitu diantara Bandaraya Melaka, Air Keroh, Melaka Sentral, Bandar Hilir dan pelbagai lagi tempat menarik di Melaka. 

AF Homestay berada di kawasan yang serba lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti Kedai Runcit, Stesyen Minyak, Kedai Makan, Bank, Pasaraya, dan Stesyen Bas Melaka Sentral. Pasti memuaskan!

Manakala Krubong Homestay pula terletak di kawasan luar bandar bagi mereka yang ingin tinggal jauh dari kota bandar yg sibuk dan bising. Inilah tempat yg paling strategik untuk mencari tempat penginapan yang murah tetapi memuaskan. 

Krubong Homestay terletak lebih berdekatan dengan tol Alor Gajah. Kawasan yang baru membangun ini berdekatan dengan tesco Cheng. Selain itu, terdapat juga kedai-kedai lain yang mula membangun di kawasan Krubong.



Pangsapuri Peringgit Homestay pula merupakan rumah pangsa di kawasan tengah bandar. Hanya 5 minit berjalan kaki dari Melaka Sentral. Anda yang mempunyai masalah kenderaan dan memerlukan penginapan yang berdekatan dengan pengankutan awam, inilah tempat yang paling sesuai.



Pangsapuri Peringgit Homestay antara kawasan paling banyak tempat membeli belah seperti Tesco, Aeon, Mydin, Giant, Kipmart dan paling penting pasar besar melaka terletak disini. Hanya 5 min berjalan kaki.

AF HOMESTAY

AF HOMESTAY

Maklumat tambahan kepada pelanggan kami yg dihormati,.
kami menyediakan ruang yang luas di AF homestay utk memberi keselesaan dan kepuasan kepada pelanggan-pelanggan kami. Homestay ini amat sesuai bagi mereka yg ingin menginap bersama keluarga beramai2. Sesuai bagi mereka yang mencari rumah tumpangan yang luas dan selesa. Sesuai juga untuk mengadakan Percutian, hari keluarga dan kenduri-kendara.

Ruang parking yang luas boleh memuatkan 10 buah kereta, disamping itu ruang ini juga bole diadakan aktiviti keluarga. Selain itu, ruang santai bersama keluarga juga turut memberi keselesaan kepada pelanggan-pelanggan kami utk privasi masing-masing.

Untuk pengetahuan pihak tuan puan,
Kami turut menyediakan Peralatan TAMBAHAN yang bole disewa untuk keselesaan pelanggan. seperti yg dibawah:


TILAM TOTO : RM20.00

BANTAL SEBIJI : RM5.00

SELIMUT : RM5.00